Intermittent Fasting atau dikenali sebagai IF ni semakin famous di kalangan orang yang nak turunkan berat badan.

Info-info yang saya kongsikan di sini adalah hasil daripada mendengar slot Dr. Norman Norawi dan bacaan dari beberapa artikel. IF sebenarnya bukan satu kaedah ‘diet’ tetapi ia lebih kepada satu gaya hidup yang mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan.

Bagi umat Islam, Intermittent Fasting ini asasnya sama seperti berpuasa, Cuma bezanya IF kita boleh minum air.

Ada 2 perkara asas untuk melakukan Intermittent Fasting:

1.Berpuasa sekurang-kurangnya lebih 12 jam.

Perlu berpuasa lebih 12 jam kerana dalam tempoh itu, badan akan menggunakan semua simpanan tenaga yang ada di hati. Sehingga akhirnya badan akan mula menggunakan lemak pula sebagai tenaga.

Proses ini dinamakan Ketosis iaitu proses metabolisme dalam badan menggunakan lemak sebagai tenaga.

2. Meninggalkan makanan dan minuman yang meningkatkan kadar gula semasa berpuasa.

Ini kerana makanan dan minuman yang tinggi gula menyebabkan hormon insulin naik mendadak. Hormon insulin merupakan hormon yang menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak.  Jika ini berlaku, ia akan menghalang proses ketosis daripada berlaku.

Kebaikan Intermittent Fasting

Ada banyak sangat kebaikan bila anda mengamalkan IF, antaranya:

  1. Membantu mengurangkan berat badan
  2. Meningktkan sensitivity insulin badan dan mengelakkan diabetes
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  4. Meningkatkan tumpuan dan tenaga

Di sini saya kongsikan antara jadual Intermittent Fasting yang boleh anda amalkan :

Jadual Intermittent Fasting 16:8

Dalam kaedah ini, anda akan berpuasa selama 16 jam dan tempoh untuk makan selama 8 jam. Kaedah ini boleh dilakukan dengan berhenti makan pada pukul 8 malam dan makan semula pada jam 12 tengahari hari berikutnya.

Ia mudah dilakukan kerana melibatkan masa tidur dan kebanyakan
orang yang jarang sarapan juga boleh memanfaatkan kaedah ini.

Tempoh masa juga adalah fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut
jadual 

Jadual Intermittent Fasting 5:2

Kaedah ini melibatkan 5 hari untuk anda makan seperti biasa dan
menghadkan hari berpuasa kepada dua hari.

Anda boleh memilih hari yang tidak sibuk ataupun boleh amalkan puasa sunat Isnin & Khamis setiap minggu.

Jadual Intermittent Fasting Alternate Day Fasting

Kaedah ini melibatkan anda untuk berpuasa secara berselang seli dengan makan seperti biasa.

Sebagai contoh makan hari isnin, puasa hari selasa, makan semula hari rabu. Cuma ianya bukan kaedah yang sesuai bagi yang baru nak mula buat IF.

Ramai sangat yang telah berjaya amalkan IF dan berjaya turunkan berat badan mereka. Pilihlah kaedah IF yang sesuai dengan keadaan diri kita dan buat dengan pengetahuan bukan ikut suka tiru orang lain buat.

Anda masih mencari info IF? Teruskan membaca info Intermittent Fasting di sini 😊

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023