Blog menjadi salah satu medium pemasaran yang efektif

Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat terpilih untuk menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 anjuran Nenny Upline saya Master Norita dan Mami Upline saya Master Salwa Zeyn sebagai moderator projek blog ini. mereka berdua adalah mentor saya dalam Bisnes Online Shaklee.

Sebenarnya sangat ramai yang nak join projek ni, walaupun pada awalnya Master Norita hanya target 100 orang sahaja, akhirnya peserta yang terpilih adalah seramai hampir 250 orang

Bila join projek blog ni rasa sangat bersemangat sebab kami diminta untuk membuat entry blog mengikut tajuk yang diberikan. Kalau nak buat seorang, pasti banyak cabarannya tapi bila join projek ni kita auto jadi excited nak buat tambahan pula, hadiah yang pihak penganjur sediakan bernilai RM 30,000 bagi sesiapa yang lengkapkan task yang telah diberikan.

Syukur sangat dapat join projek macam ni yang dapat membina dan mengasah kemahiran baru dalam penulisan. Para peserta pun akan dibimbing oleh moderator yang sangat berpengalaman dalam penulisan blog yang boleh menjana pendapatan melalui penulisan. Setiap hari kami mendapat bimbingan yang sangat eksklusif dalam membuat entry blog. Sebab itu penting kita memilih Bisnes Online yang betul dan ada bimbingan yang berterusan.

Moderator projek Master Salwa Zeyn komited membimbing kami dalam projek ini
Master Norita merupakan Penganjur Projek Mega Blog ini, sangat komited dalam memastikan kami dapat menggunakan platform blog untuk menjana sales dan memberi manfaat kepada pembaca.

Pengalaman Menulis Blog dalam Projek Blog Mega 1.0

Dulu saya pernah ada blog, tapi memang tak dapat nak hidupkan blog tu dengan penulisan sebab rasa susah nak menulis dan takde idea nak menulis.

Dengan Projek Blog Mega 1.0 ni dalam Bisnes Shaklee sangat membantu saya untuk bersemangat menulis. Nak dijadikan cerita, saya tersilap pandang tarikh last untuk submit entry blog, dalam masa yang singkat bertemankan ragam anak-anak kecil saya gagahkan juga untuk menyiapkan entry.

Tangan kiri menyusukan baby, tangan kanan meriba si kakak baby, masing-masing perlukan perhatian waktu tu tapi saya cekalkan juga hati untuk siapkan entry blog kerana memikirkan masa depan saya dengan Bisnes Online Shaklee ni sebenarnya sangat cerah.

Gambar kenangan bersama anak-anak menaip blog

Bisnes Online Shaklee ni saya teruskan demi anak-anak insyaAllah, jadi dengan sedikit ujian ragam anak-anak tak membuatkan saya terus down dan putus asa.

Kali ni idea menulis dan semangat menulis dah ada kerana dalam komuniti peserta Projek Blog ni sangat positif. Masing-masing membantu sesama peserta, tiada pun yang kedekut ilmu dan mementingkan diri sendiri.

dan akhirnya, walaupun blog saya masih baru.. Alhamdulillah saya terpilih sebagai pemenang antara Top 25 peserta yang dapat hadiah paling premium yang ditawarkan dalam projek kali ini. Saya dapat hadiah VIVIX yang merupakan salah satu produk yang paling premium berharga RM 499.

Projek Blog Mega 2.0 Bisnes Online Shaklee

Berita gembira buat semua peserta dan peserta waiting list projek blog, pihak penganjur berbesar hati nak lancarkan Projek Blog Mega 2.0..!!!

Terujanya bila bila dapat tahu projek ni ada siri 2.0. Wajiblah saya join lagi kerana ada 3 sebab utama yang penjual online perlu grab peluang ini:

Menaikkan Ranking Blog ke Carian Google

Circle Peserta yang Positif

Blog semakin hidup dengan entry baru

Best kan?

Anda berminat nak join circle positive kami?

Jom wasap saya Pengedar Shaklee Seberang Jaya =)

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleeblogmega