Pada hari Sabtu 18 Mac yang lalu, Shaklee anjurkan satu event Shaklee Fun Day yang meriah di Home Office PJ, Branch Shaklee KL, Branch Shaklee Kota Baru dan Branch Shaklee Johor Baru untuk menghargai dan meraikan setiap pengguna setia Shaklee 😊
Sejak join Bisnes Shaklee, event-event Shaklee adalah salah satu perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh kami. Seronok tengok kawan-kawan yang hadiri event Shaklee Fun Day cerita ada banyak aktiviti yang menarik disediakan dalam event tersebut.

Menariknya dalam event ini, ada promosi Skincare Youth, harga produk jatuh jauh lebih murah daripada harga asal, apa lagi mestilah customer setia shaklee takkan lepaskan peluang untuk rebut peluang ni. Ramai yang shopping supplement pada hari itu. Orang shaklee ni unik, dapat shopping supplement pun dah rasa bahagia dah 😊
Hadiah Menarik Untuk Ahli Shaklee
Ada pelbagai hadiah yang shaklee sediakan pada tetamu shaklee yang berdaftar sebagai ahli, mengikut kategori points belian barangan masing-masing. Lagi banyak belian yang dibuat, lagi bertambah nilai hadiah yang kita dapat. Best kan?
Datang nak beli barang, balik kita dapat hadiah pula. Pasti orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke Branch Shaklee rasa teruja dan happy bila dapat banyak hadiah macam tu.

Peluang Explore Shaklee Shop dan Rasa Produk Shaklee
Pengunjung yang hadir Shaklee Fun Day berpeluang melihat produk-produk shaklee didalam branch dan merasa sendiri produk hot untuk bulan Ramadhan iaitu Performance Lemon-Lime dan Cinch Shake.
Untung dapat merasa Air Performance dan Cinch Shake secara percuma tau. Dah rasa sekali pasti teringin nak beli sebab rasanya yang sedap dan mengenyangkan.

Selain itu, bukan orang dewasa sahaja yang rasa seronok, anak-anak pun seronok dengan aktiviti mewarna yang disediakan di sana. Anak-anak juga dapat belon yang berwarna-warni menceriakan lagi Shaklee Fun Day.
Peluang Jana Income Lebat
Event shaklee yang diadakan ini boleh dijadikan satu peluang untuk Business Leader membina hubungan dengan kenalan baru, sekali gus menambah ahli dalam organisasi masing-masing. Waktu ada event ni bagus sangat ambil peluang untuk ajak bersama ahli dalam organisasi kita.
Peluang Berkumpul Bersama Ahli Satu Malaysia
Tahun ni Shaklee dah mula perbanyakkan event seperti tahun sebelum musim PKP. Waktu inilah peluang untuk kami buat reunion dan gathering sesama ahli team.
Ada yang duduk berjauhan dari Branch, selalu jumpa di alam maya sahaja. Tapi bila dapat peluang menghadiri event macam ni boleh dimanfaatkan untuk bersemuka dan bertukar-tukar pendapat sesama ahli.
Seronoknya bila dapat join event shaklee, tak sabar nak tunggu next event pula 😊
#shakleetriumph2023
#shakleethrieve2023