Menu sahur tidak asing lagi apabila tiba bulan Ramadhan, maka bermulalah aktiviti mencari menu dan resepi untuk berbuka dan bersahur.
Okey, sebelum pergi pada menu sahur yang sihat, jom saya nak bawa kita sama-sama faham kelebihan berpuasa dulu. Allah menuntut kita berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan sebagai medium untuk kita reset semula sistem badan kita.
Kenapa Perlu Reset Badan Kita?
Macam kereta lah juga, ada masa dia kena servis. Kalau tak servis, mesti akan datang banyak kerosakan pada kereta. Macam tu lah juga badan kita ni.
Setelah 11 bulan kita ‘menyumbat’ badan kita dengan segala macam makanan dan minuman yang kurang sihat, memakai segala macam skincare dan homecare yang ada pelbagai jenis bahan kimia, kita hidup dalam environment udara yang tercemar, semua ini mengakibatkan badan kita terbeban dengan lambakan toksin yang merosakkan sel-sel badan manusia.
Apabila sel badan dah mula rosak, ia akan mengakibatkan seseorang bakal mendapat pelbagai isu-isu kesihatan. Contoh yang mudah yang banyak berlaku sekarang- ramai antara kita yang tidak membuang walaupun sekali dalam sehari. Itu dah dikira sembelit sebenarnya tanpa kita sedar.
Dari sembelit ini, toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akan recycle semula masuk ke badan kita mengakibatkan pelbagai lagi simptom seperti nafas berbau, badan berbau, badan cepat lesu, kulit kusam dan lain-lain.
Jadi, dengan berpuasa inilah, segala kerosakan sel-sel dalam badan kita berpeluang untuk dibaiki semula dengan syarat kita ubah diet pemakanan dan cara hidup kita ke arah yang lebih sihat bermula denga menu sahur kita.
Puasa berkualiti bermula dengan sahur
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita digalakkan untuk bersahur kerana ada dua jenis keberkatan yang kita boleh dapat:
Keberkatan Syar’iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.
Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.
Menu Sahur Sihat Sepanjang Ramadhan
Masa berpuasa badan kita dah masuk mode membaiki sel-sel dan sistem badan yang terjejas, jadi rugi sangat jika kita makan makanan yang tidak sihat yang akan menambahkan lagi kerosakan dalam badan kita. Saya kongsikan di sini panduan menu sahur sihat merujuk Model Pinggan Sihat Dr. Norman Norawi.
10% karbohidrat kanji
Nasi yang rendah Glisemiks Indeks
Keledek
Ubi kayu
40% lauk pauk (protein dan lemak)
Masak lemak cili api
Masak kari bersantan
Asam pedas
Singgang
Rendang
50% sayur-sayuran dan buah-buahan
Ulam-ulaman
Sayur-sayuran yang dimasak
Buah-buahan segar
Dr Norman bagi tahu rupanya menu yang berlemak dan bersantan ini sihat untuk dimakan. Untuk buang lemak yang dah lama menumpang dalam badan kita, kita kena makan lemak juga”
Menu Sahur Sihat penyediaan kurang 5 minit sahaja
Ada sebahagian orang kita yang lebih memilih untuk makan lauk simple sahaja semasa bersahur. Selain itu, kadang-kadang berlaku insiden terlajak tidur sampai hampir tamat waktu sahur. Ya, dengan pelbagai insiden bersahur ini, alangkah bagusnya kalau ada menu sahur ringkas tapi mengenyangkan.
Nak tahu, dalam shaklee ada Set Puasa Shaklee yang dapat membantu memberi rasa kenyang yang lama, dan beri tenaga berpanjangan serta mengurangkan rasa dahaga. Masa bersahur bolehlah bancuh set puasa ni sebagai menu sahur sihat yang ringkas.
Terima kasih kerana sudi baca sampai sini. Sempat lagi nak dapatkan Set Puasa Shaklee bulan ini. Terus hubungi saya Pengedar Shaklee Seberang Jaya