Time to RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE anda 😀 Di sini saya kongsikan cara nak renew membership dengan mudah. Setiap kali customer yang berdaftar dengan saya, pasti mereka akan tanya tentang tempoh atau jangka hayat keahlian mereka. Dulu keahlian adalah seumur hidup.

Sekarang, semua ahli shaklee yang berdaftar perlu renew keahlian shaklee anda setiap tahun. Dan paling mudah nak ingat, perlu renew pada tarikh hari lahir anda.

Sama macam renew lesen memandu kita, cumanya lesen memandu kita takkan ada yang remind minta kita renew lesen, itu sampai ada yang memandu tanpa perasan lesen dah mati 😅

Dengan shaklee, ianya sangat mudah kerana anda akan dapat reminder dari shaklee setiap kali anda login ke website shaklee.

Cara Mudah Renew Membership

Sangat mudah sebenarnya nak renew keahlian shaklee ni, anda hanya perlu buat belian produk 3 bulan sebelum tarikh lahir anda atau 3 bulan selepas tarikh lahir anda.

Kebiasaannya untuk customer shaklee yang konsisten amalkan shaklee, setiap bulan pasti mereka akan buat belian produk dan dari situ automatik sistem website akan renew membership mereka.

Anda hanya perlu login website shaklee dan buat belian.

Atau walk-in terus ke branch Shaklee berdekatan untuk buat belian produk serta renew membership.

Anda belum mendaftar jadi Ahli Shaklee lagi?

Boleh terus wasap saya di sini, saya bantu daftarkan anda direct dengan Shaklee 😀