BIla masuk zaman yang serba mencabar dan seiring dengan peningkatan usia, saya perasan semakin ramai yang memilih untuk bertukar kepada AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

Tak cakap dekat orang lain, diri sendiri pun sama. Bila meningkat usia ni senang nak rasa cepat letih dan lesu, mood pun cepat sangat tersentap. Itu tanda sebenarnya badan kita semakin kurang nutrisi penting.

Ada masa rasa cepat penat dan badan tak fit macam dulu lagi betul kan? Kadang-kadang rasa diri dah tua dari usia sebenar. Itu satu perkara yang perlu kita ambil serius dan kena cuba atasi.

Apa yang boleh kita ubah?

Menyedari badan alami perubahan semakin besar (gemuk) dan tak fit, ini antara perkara yang anda boleh lakukan:

  1. Amalkan bersenam 15 minit setiap hari- Mulakan dengan berjalan kaki sahaj pun sudah cukup baik.
  2. Tukar kepada diet yang lebih sihat. Cuba follow Dr.Norman Norawi untuk info pengamalan minyak sihat dalam diet pemakanan kita .
  3. Dapatkan tidur yang berkualiti supaya badan kita dapat rest dan membaiki sel-sel tidak sihat semasa kita tidur.
  4. Sentiasa usaha supaya kita kurang stress dalam setiap hari. Kerana bila kita stress akan ada banyak fungsi badan kita terganggu, dan pelbagai sakit yang akan datang.
  5. Kerap membuat saringan kesihatan setiap tahun sekali supaya kita aware dengan tahap kesihatan kita, dan jika ada apa-apa isu kesihatan dapatlah dirawat terlebih dahulu sebelum menjadi lebih terus.
  6. Jangan merokok. Ini paling-paling mencabar bagi perokok tegar, tapi cubalah demi diri sendiri dan keluarga tersayang.

Tak rugi anda bertukar kepada amalan gaya hidup sihat, sebab ia akan memudahkan kita untuk masa akan datang.

Anda pasti mengimpikan usia tua yang sihat dan bertenaga, mampu beribadah seperti orang muda kan? So, mulakan dari sekarang dengan amalan gaya hidup sihat. Mulakan sikit-sikit dulu mana yang mudah 😊

Anda juga boleh dapatkan Set Kesihatan Optimum Shaklee dengan saya di talian 013-3943706, InsyAllah saya dari Team Amazing Bimbingan Doktor dan Saintis Perubatan akan membimbing anda.