Bisnes Online dah menjadi macam satu keperluan dalam setiap keluarga pada zaman sekarang. Ramai yang mula mencari side income untuk tampung perbelanjaan bulanan dengan buat bisnes online. Teruskan membaca untuk tahu tentang TIPS BISNES ONLINE.

Saya pun tak terkecuali, sejak berhenti kerja dan menguruskan anak-anak di rumah, saya memilih untuk buat bisnes shaklee online dari rumah sahaja.

Sejak berkenalan dengan bisnes online ni, ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk jadi panduan pada anda yang tengah mencari-cari cara nak mula bisnes online 😊

5 Tips Memilih Bisnes Online yang Terbaik

1. Pilih Bisnes Yang Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda.

Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai namanya tersendiri dan pengikutnya.

2. Mindset Mulakan Bisnes- Ambil Masa untuk Jana Keuntungan.

Sebagai permulaan, jangan mengharapkan anda dapat keuntungan sedebuk cash yang besar.

Sabar.. untuk perniagaan yang asli, anda akan perlahan-lahan dapat menjana keuntungan sedikit demi sedikit.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar. 

3. Pilih Bisnes Bermodal Rendah.

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.

Anda tidak perlukan modal yang besar kerana bisnes online tak perlu untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja sebagai permulaan.

Mulakan dengan diri anda dan rumah sahaja, dan biasanya aktiviti pengeposan boleh di sub pada HQ untuk buatkan.

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman kedai online anda iaitu Facebook, Blog, Tiktok dan Youtube Channel.

Mulakan dengan satu dahulu, lama-lama anda boleh kembangkan dan aktifkan pelbagai kedai online anda bila dah dapat rentak yang sesuai.

4. Bisnes Risiko Yang Rendah.

Memilih risiko yang rendah maknanya anda cuba  meminimumkan kerugian, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual.

Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

Nak mudah, pilihlah produk yang tahan lama supaya kurang risiko cepat rosak.

5. Belajar Ilmu Pemasaran Online.

Dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, bermakna banyak persaingan yang ada

Tapi itu adalah satu tanda persaingan yang sihat. Anda perlu sediakan diri dengan ilmu perniagaan dan pemasaran supaya sama2 dapat bersaing dengan cara yang sihat 😊

Anda tiada kedai fizikal untuk pasarkan produk anda, tapi anda ada pelbagai kedai online untuk anda perkenalkan produk anda.

Selamat berjuang untuk anda semua!

Nak tahu tak?

Semua Kriteria yang saya sebutkan di atas semua ada pada Bisnes Online Shaklee. Jom join saya dan Team Amazing, sama-sama jana pendapatan secara online hanya dari rumah.