Tips Travel kali ni terhasil dari pengalaman sendiri yang dah 10 tahun travel dengan anak-anak, samada balik kampung atau bercuti. Nak travel dengan anak-anak ni perlukan persediaan yang rapi, kalau plan elok dan tersusun insyaAllah anda dapat jimatkan perbelanjaan semasa travel.

So, di sini saya nak share beberapa TIPS TRAVEL hasil pengalaman sendiri. Biasanya travel bila balik kampung, sebab kami jarang sangta bercuti,

Perjalanan balik kampung kami biasanya akan ambil masa yang sangat lama hingga boleh cecah sampai 10-11 jam lamanya 😅

Plan Masa Perjalanan Anda

Kena rancang masa yang sesuai untuk bertolak. Macam saya, perjalanan yang berjam2 tu kami suka bertolak waktu malam, sebab waktu tu anak-anak ada banyak masa untuk tidur sahaja. Tapi ianya bergantung juga pada pemandu, ada yang tak biasa drive malam, so saya cadangkan bertolak seawal pagi supaya anda tak tempuh perjalanan di waktu tengah hari panas terik.

Sediakan Pakaian dan Keperluan Anak dan Keluarga Extra

Saya suka bawa baju-baju dan barang anak-anak lebih dari keperluan, dengan anak kecil ni tak dijangka ragamnya. Ada masa makan comot, tumpah air, termuntah dan sebagainya.

Pernah juga rasa penat prepare lebih tapi tak guna semua baju, saya pun bawa cukup2 sahaja. Haa, time bawak baju cukup2 tu pulak dah anak buat hal termuntah dan macam-macam lagi 😅

Akhirnya, eloklah kita bawak lebih semua keperluan mereka, jimatlah nak kena membeli lain pulak nanti kan..

Sediakan Makanan, Toys dan Aktiviti Dalam Kereta Semasa Travel

Ini antara yang selalu saya buat, sediakan biskut roti dan kerepek yang boleh anak-anak kudap masa dalam kereta. Perut kenyang senang hati kan, so kuranglah mereka nak meragam biasanya.

Selain tu, bawak lah dinosaur, robot, kereta atau lego yang sesuai mereka main dalam kereta. Boleh juga main teka-teki dengan anak-anak, cari benda yang tersembunyi dekat persekitaran luar kereta untuk elakkan mereka rasa bosan.

Sediakan Beg kecil untuk Bawa Keperluan Asas Anak-Anak

Beg yang kita isi sepasang baju dan pampers anak-anak adalah untuk digunakan masa emergency dalam kereta, mudah dicapai dan tak perlu nak kena korek pakaian dalam beg besar.

Bawa Baby Carrier atau Stroller

Bila bercuti, pastinya kita akan plan untuk berjalan-jalan melihat alam ciptaan Allah. Lenguh juga kalau asyik kena dukung anak. Jadi bawalah apa-apa sahaja alatan yang dapat kurangkan kepenatan kita, dan dapat berjalan-jalan dengan happy 😊

Okey itu antara Tips Travel yang selalu saya buat untuk lebih memudhkn penyurusan dan perjalanan kami. Tahu tak Shaklee ada Trip Holiday percuma sahaja untuk ahli shaklee?

Travel Secara Percuma Tajaan VVIP

Syok juga kalau pergi travel FREE kan?

Dalam Shaklee best tau, anda boleh pergi trip holiday bawa family secara percuma sahaja, semua perbelanjaan akan di sponsor oleh company bermula dari tiket flight hinggalah kepada perbelanjaan makan dan minum serta dapat lagi duit belanja 😍

Boleh baca dekat sini, pengalaman mentor saya pergi holiday dengan tajaan shaklee layanan 5 bintang.

Anda nak rasakan keseronokkan pergi bercuti secara percuma?

Hubungi saya terus ditalian 013-39433706 kita borak lagi cerita tentang ni okey! 😊