
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air, yang bererti bahawa tubuh tidak akan menyimpannya. Oleh sebab itu, kita harus mendapatkannya melalui makanan. Manusia memerlukan vitamin C dari sumber makanan kerana badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri.
Vitamin C Shaklee memainkan peranan utama dalam kesihatan manusia. Ia membantu tubuh membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, tulang rawan, tendon, ligamen, dan pembuluh darah. Vitamin C juga diperlukan untuk penyembuhan luka, dan untuk memperbaiki dan menjaga tulang dan gigi. Vitamin ini juga membantu tubuh menyerap zat besi.
Di sini, saya senaraikan Kelebihan Vitamin C Shaklee dalam membantu kesihatan manusia:
Membantu Kesihatan Jantung
Vitamin C dapat melindungi arteri daripada mengalami keradangan (kerosakan) serta dapat melambatkan perkembangan aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah). Ini membantu mencegah kerusakan pembuluh darah arteri akibat LDL ( kolesterol jahat). Vitamin C dapat membantu menjaga arteri agar tetap fleksibel atau elastik
Mengurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi
Satu kajian telah dibuat menunjukkan bahawa orang yang makan makanan yang kaya antioksidan, termasuk vitamin C, memiliki risiko lebih rendah terkena tekanan darah tinggi daripada orang yang memiliki pola makan yang lebih teruk.
Doktor akan mensarankan menu yang tinggi kandungan antioksidan seperti vitamin C kepada pesakit yang ada tekanan darah tinggi, menu tersebut dikenali sebagai DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension). Dalam menu itu tersenarai banyak buah-buahan dan sayuran, yang sarat dengan kandungan antioksidan tinggi.
Mencegah Kanser
Vitamin ini juga bersifat sebagai antioksidan yang berperan dalam melawan radikal bebas, Radikal bebas juga merupakan punca kepada kanser. Vitamin C dapat menurunkan resiko terkena kanser, termasuk kanser kulit, dysplasia serviks (perubahan pada leher rahim), kanser payudara, dan lain-lain.
Merendahkan Risiko Osteoarthritis
Pada pesakit osteoarthritis (OA) – mereka mengalami kerosakan tulang rawan dan menjadi hancur, menyebabkan tekanan pada tulang dan sendi menjadi sakit. Vitamin C Shaklee sangat membantu merendahkan risiko OA kerana ia dapat bantu tubuh untuk membuat kolagen, yang merupakan unit asas pembentukan tulang rawan yang sihat.
Pesakit Osteoarthritis biasanya akan mengambil mengambil ubat anti-inflamasi nonsteroid yang akan menurunkan kadar vitamin C dalam darah. Oleh sebab itu, jika anda mengambil ubat ini secara teratur untuk mengatasi OA, maka anda sangat disarankan untuk mengambil suplemen Vitamin C.
Meningkat Sistem Imun Badan
Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi serta dapat bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
Kelebihan Vitamin C Shaklee



Sekiranya anda telah lama ingin mendaatkan Vitamin C Shaklee, terus hubungi saya di talian 013-3943706 =)