Tonsil bengkak ataupun tonsilitis ialah keadaan di mana tonsil mengalami inflamasi dan menyebabkan keradangan dan bengkak pada tonsil. Keadaan ini boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa, dan ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Tonsil terletak di belakang mulut dan tenggorokan. Kebiasaannya, gejala tonsil bengkak adalah sakit tekak, sukar menelan, demam, batuk, dan sakit kepala dan boleh menyebabkan bau mulut yang tidak sedap.

Punca Tonsil Bengkak

Faktor utama sakit ini adalah jangkitan virus atau bakteria. Biasanya orang yang mengalami tonsilitis akan alami simptom seperti sakit tekak, kesukaran menelan, demam dan kadang-kadang ada yang mengalami pembesaran kelenjar getah bening di leher.

Di sini, saya senaraikan punca-punca Tonsil Bengkak:

  • Jangkitan Bakteria: Streptokokus beta hemolitik group A (Streptococcus pyogenes) adalah salah satu bakteria yang sering menyebabkan tonsilitis, bakteria juga dikenali sebagai tonsilitis streptokokus.
  • Jangkitan Virus: Jangkitan virus adalah salah satu punca biasa bagi tonsil bengkak sama seperti virus penyebab selesema atau flu. Virus ini menyebabkan tonsil meradang dan mengakibatkan simptom seperti sakit tekak dan demam.
  • Faktor Persekitaran : Apabila selalu terdedah dengan persekitaran yang kotor atau tercemar boleh juga menjadi punca meningkatkan risiko bengkak pada tonsil. Selain itu, jika anda ada berinteraksi dengan individu yag mengalami tonsilitis juga boleh mengakibatkan penularan penyakit ini.

  • Tidak menjaga kebersihan mulut : Risiko tonsil bengkak dan jangkitan akan terjadi bila anda tidak rajin menggsok gigi dan berkumur

  • Merokok dan terdedah dengan asap rokok : Aktiviti merokok dan terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan tisu tonsil mengalami keradangan dan bengkak.

Selain itu, ada juga keadaan bengkak tonsil sehingga bernanah. Jika anda mengalami gejala tonsil bengkak dan bernanah yang berterusan atau teruk, pastikan anda terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Pantang Larang Tonsil : Pantang Larang Penjagaan Tonsil

Berikut adalah pantang larang tonsil bagi individu yang mengalami tonsilitis sebagai panduan bagi membantu proses penyembuhan tonsilitis, antaranya adalah:

  • Elakkan Minuman Beralkohol dan Merokok: Minuman beralkohol dan merokok boleh mengakibatkan keradangan pada tisu tonsil yang meradang.
  • Makan Makanan Lembut: Pilih makanan yang lembut dan mudah dicerna seperti bubur atau sup. Makanan lembut akan mengurangkan tekanan pada tonsil anda.
  • Elakkan Makanan Pedas dan panas: Makanan pedas dan terlalu panas boleh menyebabkan ketidakselesaan dan memedihkan tisu tonsil yang meradang. Sebaiknya pilih makanan yang suam-suam atau sejuk.
  • Amalkan Minum Air Secara Berkala: Minum air yang mencukupi adalah penting untuk mengelakkan kekeringan dan melegakan bahagian kerongkong yang bengkak.
  • Ambil Ubat Mengikut Arahan: Sekiranya doktor telah merawat anda dengan ubat, pastikan anda mengambil ubat tersebut mengikut dos yang ditetapkan dan jangan berhenti rawatan sebelum masa yang ditetapkan.

Cara Merawat Tonsil Bengkak

Ruangan dalam kerongkong yang sedang membengkak pasti mendatangkan rasa kurang selesa pada pesakit tonsilitis. Ada beberapa cara untuk merawat dan mengurangkan simptom tonsilitis ini dari menjadi lebih teruk:

  • Gargle Air Garam: Berkumur dengan air garam yang suam boleh membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong dan membantu membersihkan nanah. Campurkan setengah sudu kecil garam dalam segelas air dan kumurlah dalam 3-4 kali sehari.
  • Mengambil Ubat-ubatan: Jika tonsilitis anda bengkak atau bernanah disebabkan oleh jangkitan bakteria, doktor mungkin akan merawat anda dengan antibiotik. Penting untuk mengambil antibiotik mengikut dos dan jadual yang ditetapkan oleh doktor.
  • Minum Air Secara Berkala: Pastikan anda minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi dan melegakan bahagian kerongkong yang bengkak.
  • Berpantang dengan makanan pedas, panas dan berminyak: Elakkan mengambil menu makanan ini buat buat sementara waktu semasa proses pemulihan tonsiitis.
  • Rawatan tambahan : Pembedahan Tonsilectomy – pembedahan untuk membuang tonsil dari tekak anda. Ini adalah rawatan untuk tonsilitis yang agak serius dan kronik, apabila tonsil jadi berulang-ulang atau mempunyai masalah dengan pernafasan.

Proses pemulihan dapat memakan masa beberapa minggu, dan pesakit mungkin mengalami kesakitan ditekak, pembengkakan, atau demam dalam beberapa hari pertama selepas pembedahan. Penjagaan yang baik selepas pembedahan adalah penting untuk pemulihan yang berjaya

Ubat Tonsil Bengkak Untuk Rawatan Bengkak Tonsil

Antibiotik

Doktor mungkin akan merawat dengan antibiotik seperti amoksisilin atau penisilin jika tonsil lama bengkak dan penting untuk mengambil antibiotik mengikut dos yang ditetapkan.

Analgesik

Untuk mengurangkan sakit tekak dan demam yang mungkin disertai dengan tonsil bengkak, ubat analgesik seperti paracetamol atau ibuprofen boleh digunakan.

Steroid

Dalam beberapa kes yang terpilih, doktor mungkin merawat anda dengan steroid untuk mengurangkan keradangan. Ini boleh digunakan dalam bentuk suntikan atau lozenge untuk dikemam.

Antiseptik Berkumur

Berkumur dengan antiseptik seperti larutan chlorhexidine boleh membantu mengurangkan keradangan dan kebersihan di kawasan tonsil. Ini boleh membantu mengurangkan nanah dan rasa tidak selesa pada tonsil.

Terapi Ais Batu

Menggunakan ais batu yang dibalut dengan kain bersih dan diletakkan di leher boleh juga membantu mengurangkan pembengkakan tonsil dan memberikan rasa selesa.

Penyemburan Kalsium Gliserofosfat

Kalsium gliserofosfat adalah ubat semburan yang boleh membantu mengurangkan nanah dan keradangan pada tonsil. Ia boleh diperoleh dengan preskripsi doktor.

Sistem Imun Booster

Dalam beberapa kes, doktor mungkin merawat dengan suplemen atau vitamin untuk memperkuat sistem imun, terutamanya jika tonsil bengkak berulang-ulang.

Bebas Pembedahan Tonsilectomy ikhtiar Dengan Produk Shaklee

Bila disebut pembedahan dan operation, kebiasaannya ramai yang akan rasa berat hati dan takut untuk lalui fasa pembedahan serta proses recovery selepas pembedahan.

Anda boleh cuba ikhtiar dengan produk Shaklee. Jom lihat pengalaman Puan Salwa Zeyn yang mengalami tonsil bengkak dan dijangka perlu dibedah tetapi doktor telah batalkan pembedahan tersebut kerana tonsilnya telah sihat asbab ikhtiar dengan Set Shaklee.

Sekiranya anda sedang mencari solusi untuk isu kesihatan tonsil anda, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Dibimbing Doktor dan Saintis Perubatan. Kami akan cuba bantu anda dengan sebaiknya.